Kerajaan baharu perlu mesra perniagaan – FMM

Kerajaan baharu perlu mesra perniagaan – FMM

SOH THIAN LAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan baharu yang bakal terbentuk me­lalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu menyediakan eko­sistem pelaburan mesra perniagaan yang dapat menyokong pertumbuhan ekonomi mampan dan berdaya saing.

Presiden Persekutuan Peki­lang-Pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai berkata, perkara itu penting meman­dangkan negara berdepan ke­tidaktentuan ekonomi global de­ngan peningkatan ketega­ngan geopolitik, pandemik Co­vid-19, perubahan iklim dan jangkaan kemelesetan.

Katanya, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan, PRU15 penting bagi memastikan kestabilan politik dan kejelasan hala tuju ekonomi dan komitmen kerajaan untuk lima tahun akan datang.

“Ini yang merupakan elemen kritikal untuk mengekalkan keyakinan pelabur sedia ada dan menarik pelabur baharu untuk pembangunan ekonomi selanjutnya.

“Sebagai sebuah organisasi ekonomi bukan politik, FFM sentiasa bekerjasama rapat dengan kerajaan hari ini untuk memastikan perkongsian awam swasta yang kukuh dalam memajukan negara secara holistik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Thian Lai berkata, pengilang tempatan kini berada di bawah tekanan untuk membendung kos operasi yang semakin mencabar dise­babkan tekanan inflasi global yang tinggi, kenaikan gaji minimum, kekurangan buruh, kenaikan kos pengangkutan, gangguan rantaian bekalan global dan kelemahan ringgit.

Menurutnya, bagi sektor per­kilangan yang merupakan pe­nyumbang terbesar kepada eksport Malaysia, faktor yang paling kritikal adalah untuk menangani peningkatan kos menjalankan perniagaan dan memastikan iklim dan dasar pelaburan yang mesra perniagaan.

“Ini merupakan kunci untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan mengekalkan daya saing serta menangani ancaman penyahindustrian pramatang.

“Kerajaan mesti mempertimbangkan dengan serius untuk menangguhkan atau mengurangkan kenaikan kos kawal selia dalam tempoh yang mencabar ini.

“Persekitaran kawal selia yang mesra akan memastikan kemudahan menjalankan perniagaan, daya saing dan mampan. Ini hanya boleh dicapai jika peraturan adalah mudah, lebih telus, boleh dipercayai, mudah dipatuhi, konsisten dan adil,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN