Kekayaan Robert Kuok AS$14.9 bilion

Kekayaan Robert Kuok berjumlah AS$14.9 bilion

ROBERT KUOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang terkaya Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, berada di kedudukan ke-98 dalam senarai Indeks Bilionair Bloomberg dengan kekayaan AS$14.9 bilion (RM70.69 bilion), selepas kerugian AS$3.38 bilion.

Beliau adalah pengasas Shangri-La Hotels and Resorts atau Raja Gula yang turut menjadi taikun industri kelapa sawit, perkapalan dan hartanah.

Warga Malaysia kedua dalam senarai itu, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow, berada di kedudukan ke-328 dengan nilai kekayaan sebanyak AS$6.43 bilion, merosot kira-kira AS$804 juta.

Hanya Robert Kuok dan How Piow termasuk dalam indeks tersebut yang menyenaraikan 500 individu terkaya di dunia.

Menurut indeks tersebut, pengasas Tesla, Elon Musk kekal sebagai individu terkaya di dunia namun nilai kekayaannya merosot kepada AS$190 bilion (RM948.6 bilion) selepas syarikat besar teknologi itu kerugian kira-kira AS$80.4 bilion sehingga kini.

Bekas orang terkaya di dunia, Jeff Bezos, kini berada di kedudukan kelima dalam Indeks Bilionair Bloomberg dengan kekayaan berjumlah AS$114 bilion selepas kehilangan AS$78.4 bilion.

Mark Zuckerberg, pengasas Facebook, seorang lagi usahawan berkaitan teknologi, menyaksikan kekayaannya menyusut kepada AS$35.2 bilion selepas kehilangan AS$90.3 bilion dan kini telah jatuh ke kedudukan 29 dalam senarai.

Gautam Adani dari India, kekal sebagai taikun terkaya Asia dengan kekayaan berjumlah AS$133 bilion selepas beliau menambah nikai kekayaan sebanyak AS$56.2 bilion setakat ini.

Beliau menduduki tempat ketiga dalam senarai itu manakala rakan senegaranya, Mukesh Ambani di tempat kelapan dengan kekayaan AS$89 bilion, setelah kehilangan AS$986 juta.

Indeks Billionaires Bloomberg ialah kedudukan harian orang terkaya di dunia.

Angka ini dikemas kini pada penutupan setiap hari dagangan di New York. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×