Jualan kereta Oktober merosot

Jualan kereta Oktober merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jualan ken­deraan di Malaysia merosot kepada 61,002 unit pada Oktober 2022 berbanding 64,762 unit pada bulan sama tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jualan kenderaan penumpang turun kepada 54,498 unit pada Oktober 2022 daripada 58,147 unit pada Oktober 2021, manakala jualan kenderaan komersial susut kepada 6,504 unit daripada 6,615 unit.

Bagi 10 bulan pertama tahun ini, jualan menunjukkan pe­ningkatan kepada 577,902 unit berbanding 383,589 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, jumlah kende­raan penumpang naik kepada 513,588 unit berban­ding 341,028 unit pada tempoh sama 2021 dan kenderaan ko­mersial sebanyak 64,314 unit berbanding 42,561 unit tempoh sama 2021.

“Jumlah jualan 10 bulan pertama 2022 adalah 50 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama 2021.

“Jumlah keseluruhan industri (TIV) bulan dikaji adalah 10 peratus lebih rendah daripada September 2022 (67,698 unit),” katanya dalam kenyataan.

MAA berkata, syarikat kereta akan terus cuba memenuhi tempahan yang tinggi diterima sebelum 30 Jun 2022, walaupun pada kadar yang lebih perlahan.

Menurutnya, jualan pada November dijangka dikekalkan pada tahap Oktober.

“Kekurangan cip dan komponen terus menjejaskan pembuatan tertentu, walaupun pada skala yang lebih kecil,” jelasnya.

Dari segi jumlah pengeluaran, MAA berkata, sebanyak 58,991 kenderaan dikeluarkan pada Oktober 2022 berbanding 65,410 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Pengeluaran kenderaan penumpang jatuh kepada 54,601 unit pada bulan dikaji berbanding 61,248 unit Oktober tahun lalu, manakala pengeluaran kenderaan komersial naik kepada 4,390 unit daripada 4,162 unit sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN