Gemilang International anjur kempen derma darah - Utusan Malaysia

Gemilang International anjur kempen derma darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar bas yang berpangkalan di Johor Gemilang International Ltd meningkatkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terutamanya komponen sosial dengan menyokong sistem penjagaan kesihatan negara melalui kempen derma darah. 

Menerusi kempen tersebut, keluarga Gemilang berjaya menyumbang sejumlah 80 pek darah.

Kempen itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kekurangan bekalan darah dalam sistem penjagaan kesihatan, memandangkan Malaysia memerlukan 2,000 beg darah 350 mililiter (ml) hingga 450ml sehari untuk kira-kira 1,000 pesakit.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Gemilang, Pang Chong Yong berkata, permintaan untuk bekalan darah sentiasa berterusan, terutamanya pada musim perayaan di mana terdapat insiden kemalangan yang tinggi seterusnya memerlukan lebih banyak pemindahan darah dilakukan.

“Walaupun kami mungkin bukan pakar perubatan, tetapi sebagai anggota masyarakat, ini adalah cara kami untuk menyokong sistem penjagaan kesihatan negara dan sebagai kaedah untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang telah menyokong kami dalam susah dan senang. 

“Dengan kerjasama Hospital Sultanah Aminah, kami berharap 80 pek darah yang didermakan dapat membantu memberi kehidupan baharu kepada mereka yang amat memerlukannya,” katanya.

Gemilang menjangka untuk menganjurkan lebih banyak acara yang berkonsepkan kemasyaratan pada masa hadapan untuk terus memainkan peranannya sebagai anggota yang menyumbang kepada komuniti setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya