Datasonic dapat kontrak RM140 juta bekal I-Kad

Datasonic dapat kontrak RM140 juta bekal I-Kad

ANGGOTA imigresen memeriksa kad pengenalan pekerja asing dalam satu operasi penguatkuasaan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datasonic Group Berhad (Datasonic) mendapat kontrak membekalkan kad pekerja asing (I-Kad) kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bernilai RM140 juta.

Menurut Datasonic, pihak­nya telah menerima surat anugerah (LOA) kontrak berkenaan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 7 November 2022 untuk membekalkan kad tersebut bagi tempoh 36 bulan bermula 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2025.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu memberitahu, di bawah LOA tersebut, Datasonic dikehendaki menyediakan bon prestasi bernilai kira-kira RM2.33 juta kepada KDN dengan tempoh sah dari 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2026.

Selain itu, syarikat juga dikehendaki mengendalikan Professional Training and Education For Growing Enterpreneurs (PROTEGE) yang ditetapkan dengan penyertaan minimum sebanyak 58 peserta, tanpa melibatkan sebarang kos kepada kerajaan.

“Kontrak tertakluk kepada risiko perniagaan biasa me­rangkumi keadaan keseluruhan ekonomi, krisis pandemik, perubahan dalam peraturan kerajaan dan risiko operasi seperti kenaikan kos disebabkan sebarang peningkatan kos secara material dan terma kontrak termasuk peruntukan ‘mungkir’,” katanya dalam makluman berkenaan.

Datasonic berkata, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan dan aset sesaham bersih Kumpulan untuk tahun kewa­ngan berakhir 31 Mac 2023 dan tahun kewangan selepas itu.

Jelasnya, kontrak juga di­jang­ka tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal dan pegangan saham pemegang saham utama dalam Kumpulan.

Tambahnya, tiada pengarah dan pemegang saham utama atau individu berkaitan mereka mempunyai sebarang kepen­tingan langsung atau tidak langsung dalam kontrak terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN