Bursa Malaysia melonjak tinggi, ringgit mengukuh

Bursa Malaysia melonjak tinggi, ringgit mengukuh selepas pengumuman PM baharu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menuju ke lonjakan terbesar dalam tempoh dua tahun selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-10, hari ini.

Penanda aras Indeks KLCI naik 3.46 peratus kepada 1,493.43 pada 3.30 petang, prestasi terbaik sejak November 2020.

Ringgit juga mengukuh apabila didagangkan 4.5200/5250 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 12 tengah hari ini daripada 4.5720/5760 pada tengah hari semalam.

Syarikat perjudian dan kilang arak, termasuk Genting Malaysia, Sports Toto, Magnum dan Carlsberg Brewery Malaysia, mula meningkat pada awal dagangan selepas blok politik utama memberi isyarat akan menyokong Anwar untuk membentuk kerajaan baharu.

Aset Malaysia telah didagangkan dalam julat yang sempit minggu ini kerana pelabur menunggu pengumuman perdana menteri baharu selepas pilihan raya umum Sabtu lalu mengakibatkan Parlimen digantung yang belum pernah berlaku sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN