Bursa Malaysia dibuka lebih rendah

Bursa Malaysia dibuka lebih rendah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi suram semalaman di Wall Street, selepas beberapa pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) utama mengulangi keperluan untuk kenaikan kadar yang lebih agresif untuk memerangi inflasi.

Setakat pukul 11.20 pagi ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.18 mata atau 0.55 peratus kepada 1,478.36 mata. Ia meneruskan kejatuhan sebelah pagi di mana penanda aras FBM KLCI susut 5.62 mata kepada 1,480.92 daripada 1,486.54 pada Jumaat.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 436 berbanding 355, manakala 314 lagi kaunter tidak berubah dan 1,152 lagi tidak didagangkan.

Sementara itu ringgit dibuka pada 4.5000/5130 berbanding dolar AS, menurun daripada 4.4730/4830 yang dicatatkan pada Jumaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN