PETALING JAYA: Jumlah jawatan dalam sektor ekonomi pada suku ketiga 2022 meningkat sebanyak 3.2 peratus atau 269,800 kepada 8.68 juta berbanding 8.41 juta suku sama tahun sebelumnya, manakala jumlah jawatan diisi adalah 8.48 juta atau 97.8 peratus, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Menurut DOSM, jumlah itu melepasi paras prapandemik, sekali gus menunjukkan tanda pemulihan dalam pasaran buruh negara. Sementara itu, jumlah kekosongan jawatan pada suku dilaporkan adalah sebanyak 191,000 atau 2.2 peratus, dengan bilangan jawatan yang diwujudkan meningkat kepada 30,530. DOSM berkata, dari segi peratus sumbangan mengikut kategori kemahiran, jawatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya