Bank-bank naikkan kadar faedah

Bank-bank naikkan kadar faedah

OPR dijangka kekal tiga peratus tahun ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, bank-bank dalam negara mula mengumumkan peningkatan kadar pinjaman masing-masing.

Kadar Asas Standard (SBR) untuk Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank akan berada pada 2.75 peratus manakala Kadar Asas Bank (BR) dan Kadar Asas Islam (IBR) di­semak kepada 3.63 peratus daripada 3.38 peratus.

“Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Islamik (IFR) akan disemak kepada 6.64 peratus daripada 6.39 peratus.

“Perubahan ini berkuat kuasa mulai 8 November 2022. Pela­rasan dalam kadar adalah selaras dengan perubahan OPR terkini,” menurut Hong Leong Bank dalam kenyataan.

RHB Bank pula meningkatkan SBR daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus, BR daripada 3.25 peratus kepada 3.50 peratus setahun, manakala BLR/BFR daripada 6.20 peratus kepada 6.45 peratus setahun bermula 7 November 2022.

Sementara itu, CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad akan melaksanakan 25 mata asas yang sepadan pe­ningkatan dalam SBR, BR dan Deposit Tetap / Kadar Papan Akaun-i Pulangan Pendapatan Tetap.

“Begitu juga semua kemudahan pembiayaan berdasarkan BLR dan BFR akan dinaikkan sebanyak 0.25 peratus. Semua perubahan kadar berkuat kuasa pada 8 November 2022,” katanya.

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) dan anak syarikat perbankan Islamnya, OCBC Al-Amin Bank Berhad juga akan meningkatkan SBR, BR dan BLR/BFR bank sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa 9 November 2022.

“Semua kadar niaga deposit tetap konvensional dan kadar deposit bertempoh Islam juga akan ditingkatkan sebanyak 0.25 peratus pada hari yang sama.

“Dengan kenaikan di atas, SBR OCBC Malaysia dinaikkan daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus, BR daripada 3.33 peratus kepada 3.58 peratus, dan BLR/BFR daripada 6.26 peratus kepada 6.51 peratus,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bank Muamalat turut mengumumkan SBR, BR dan BFR akan disemak sebanyak 25 mata asas daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus, BR daripada 3.31 peratus kepada 3.56 peratus dan BFR daripada 6.31 peratus kepada 6.56 peratus berkuat kuasa 8 November 2022.

“Ini akan menjejaskan semua pakej pembiayaan kadar terapung yang disandarkan kepada SBR, BR dan BFR.

“Selaras dengan peningkatan dalam SBR, BR dan BFR, kadar deposit FTA-i Bank Muamalat juga akan disemak dengan sewajarnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya