PETALING JAYA: Kurang 40 hari memasuki tahun 2023 dengan kerajaan baharu yang masih gagal dibentuk setakat hari ini, timbul persoalan bagaimana kedudukan Bajet 2023 yang perlu dimuktamadkan untuk kestabilan ekonomi negara tahun hadapan. Adakah kerajaan baharu akan mengekalkan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober lalu atau akan ada penambahan insentif dan inisiatif dalam belanjawan tersebut. Penganalisis Ekonomi…










