AWC terima kontrak KKM RM188 juta

AWC terima kontrak KKM RM188 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AWC BERHAD (AWC), anak syarikat milik penuh Ambang Wira Sdn. Bhd. (AWSB) menerima surat anugerah (LOA) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kontrak sebanyak RM188 juta.

Menurut kenyataan syarikat itu, kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan hospital bagi Institut Kanser Negara (IKN) untuk tempoh lima tahun bermula dari 1 Disember 2022 hingga 30 November 2027

AWC adalah penyedia perkhidmatan sokongan hospital yang sedia ada untuk IKN dan kontrak perkhidmatan sokongan hospital terdahulu telah diberikan pada 2019 untuk tempoh tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan AWC, Datuk Ahmad Kabeer berkata, kontrak terbaharu itu bukti kecekapan dan keupayaan AWC dalam mengekalkan aset penjagaan kesihatan yang kritikal.

Katanya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penguasaan pasarannya untuk perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan telah berkembang daripada satu hospital pada 2016 kepada empat hospital dan klinik daerah di Perak.

“Kejayaan kami dalam sektor penjagaan kesihatan akan memberikan kami dorongan untuk pertumbuhan sambil kami berusaha untuk menjadi penyedia perkhidmatan pilihan di Malaysia.

“Portfolio kemudahan penjagaan kesihatan kami yang mengagumkan termasuk, Hospital Shah Alam, Hospital Orang Asli, Institut Kesihatan Negara, klinik daerah di Perak dan Institut Kanser Negara,

“Dengan anugerah ini, kontrak kami untuk 2022 telah melepasi RM500 juta. Itu adalah pencapaian yang mengagumkan yang menjadikan buku pesanan tertunggak semasa kami iaitu hampir RM1 bilion,” katanya.

Tambahnya, penganugerahan kontrak yang besar daripada KKM itu merupakan satu lagi pencapaian penting bagi AWC dan berfungsi sebagai penyataan daya saing Kumpulan dalam perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN