SISBS dilancar, sasar jualan RM350 juta

SIBS dilancar, sasar jualan RM350 juta

TENGKU AMIR SHAH berkenan melancarkan SISBS 2022 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Amiruddin Shari dan Teng Chang Khim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Invest Sela­ngor Berhad melancarkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 (SIBS 2022) dengan sasaran jualan sebanyak RM350 juta.

SIBS 2022 yang akan berlangsung selama empat hari, menampilkan 262 pembeli domestik dan antarabangsa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, Selangor mempunyai kele­bihan geografi untuk menjadi pintu masuk perdagangan di ASEAN dengan mempunyai dua lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan kedua tersibuk di rantau ini.

Katanya, Selangor juga mempunyai jaringan infrastruktur yang baik termasuk kereta api domestik dan jalan raya.

“Selain itu, taman perindustrian Selangor yang mantap, rantaian bekalan matang dalam pelbagai industri, modal insan mahir dan sambungan internet menjadikan Selangor ideal sebagai hab perniagaan global.

“Sememangnya Selangor adalah lokasi terbaik di rantau ini untuk pelabur antarabangsa yang merancang untuk menembusi pasaran ASEAN dan antarabangsa,” katanya dalam ucaptama pada majlis perasmian SIBS 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam..

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berangkat menyempurnakan perasmian SIBS 2022.

Turut hadir, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negeri, Datuk Teng Chang Khim.

Amirudin berkata, Selangor menyumbang hampir 25 peratus daripada ekonomi Malaysia dan kekal sebagai destinasi pilihan ramai pelabur dalam dan luar negara dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Menurutnya, data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan Malaysia berjaya menarik sebanyak RM43.1 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan dengan pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak RM35.5 bilion.

“Dalam tempoh yang sama, Selangor menerima pelaburan bernilai RM4.9 bilion yang diluluskan dalam sektor pembuatan, yang mana kira-kira RM3.3 bilion adalah FDI. Secara perbandingan, Selangor menerima RM7.5 bilion pelaburan pembuatan yang diluluskan pada tahun penuh 2021.

“Oleh itu, kita sudah melihat peningkatan dari segi pelaburan masuk dalam tempoh enam bulan pertama 2022 untuk Malaysia dan Selangor. Kami cukup yakin sepanjang tahun 2022, Selangor akan dapat mencapai sasaran pelaburan masuk kami sebanyak RM10 bilion dengan jayanya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN