Sektor pertanian beralih ke fasa pemulihan pada 2021

Sektor pertanian beralih ke fasa pemulihan pada 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia telah memperoleh semula momentum dengan mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM1.39 trilion pada 2021, meningkat 3.1 peratus daripada RM1.34 trilion tahun sebelumnya.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pertumbuhan sektor pertanian menyusut 0.2 peratus pada 2021 berbanding negatif 2.4 peratus tahun sebelumnya.

Jelasnya, penurunan disebabkan oleh subsektor komoditi terutamanya kelapa sawit yang mencatatkan pertumbuhan negatif 5.6 peratus berbanding negatif 3.6 peratus pada 2020.

“Secara keseluruhan, pada 2021 pengeluaran empat tanaman komoditi utama iaitu buah tandan segar (kelapa sawit), getah asli, kenaf (batang kering) dan biji koko, menunjukkan trend menurun berbanding 2021.

“Walaupun pengeluaran buah tandan segar (kelapa sawit) merupakan yang tertinggi dalam kalangan komoditi pertanian, namun (ia) menurun sebanyak 5,575.6 tan metrik iaitu 5.7 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

DOSM berkata, pengeluaran sayur-sayuran terpilih menunjukkan peningkatan 4.2 peratus pada 2021.

Katanya, pengeluaran selur ayam/itik mencatatkan peningkatan iaitu 5.6 peratus pada 2021.

Pengeluaran telur ayam/itik pula katanya, mencatatkan peningkatan iaitu 5.6 peratus pada 2021 kepada 839,700 tan metrik berbanding 795,500 tan metrik tahun sebelumnya.

Mengenai pendaratan ikan laut pula, ia berjumlah 1.328 juta tan metrik, turun sebanyak 4.0 peratus berbanding 1.383 juta tan metrik pada 2020.

“Sementara itu, pengeluaran akuakultur air tawar dan air payau/masin masing-masing meningkat sebanyak 9.0 dan 2.8 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN