KERAJAAN terus memberikan sokongan kukuh untuk pertumbuhan ekonomi dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM372.3 bilion atau 20.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di bawah Bajet 2023. Daripada jumlah itu, sejumlah RM272.3 bilion atau 73.1 peratus disalurkan kepada perbelanjaan mengurus (OE) manakala RM95 bilion atau 25.5 peratus untuk perbelanjaan pembangunan (DE). Baki RM5 bilion adalah untuk pembayaran tertunggak bagi komitmen Kumpulan Wang Covid-19 (KWC-19) yang dibuat pada 2022 sebagaimana yang…