PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$106.1 bilion (RM493.36 bilion) pada 30 September 2022, menyusut daripada AS$106.3 bilion (RM494.29 bilion) pada 15 September lalu. Menurut BNM, paras rizab itu mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. “Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. “Komponen utama rizab antarabangsa terbabit meliputi rizab…










