PETALING JAYA: Ringgit berada di belakang berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang PRU15 sekali gus menyimpang daripada trakjektori sebelumnya.
Menurut DBS Research Group, ringgit menjadi lemah sepanjang tahun dengan mencecah 6.4 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2022.
Ahli ekonomi DBS, Chua Han Teng dalam laporan berkenaan yang dilaporkan oleh The Edge berkata, pihaknya telah menjejaki purata prestasi mata wang Malaysia berbanding dolar AS dalam terma tahun ke tahun (y-o-y) untuk lima PRU yang lalu.
“Ringgit mencatat prestasi yang baik berbanding dolar AS secara purata beberapa suku sebelum pilihan raya.
“Kenaikan nilai ringgit meningkat sekurang-kurangnya tiga suku sebelum pengundian, dan memuncak satu perempat sebelum acara itu. Kenaikan tahun ke tahun pula menjadi sederhana selepas itu, dan menyusut nilai dua suku selepas pilihan raya,” katanya dalam laporan itu.
Jelasnya, pilihan raya 1999 dan 2004 mencerminkan dua tempoh apabila ringgit ditambat pada 3.8 kepada dolar AS.
Ringgit menyaksikan prestasi memberangsangkan semasa kitaran pilihan raya 2008, dengan pasaran mata wang pesat membangundan mencatat prestasi yang baik sebelum krisis kewangan global.
Tahun 2013 menandakan tempoh yang lemah untuk pertukaran pasaran asing pasaran disebabkan oleh kemerosotan yang meruncing, dan ringgit tidak terkecuali, walaupun asas makronya lebih baik daripada rupiah Indonesia dan rupee India yang terjejas dengan ketara secara negatif.
Katanya lagi, ringgit menyaksikan pemulihan dan pengukuhan yang singkat pada awal 2018, dibantu oleh kenaikan harga tenaga global.
Bagaimanapun katanya, ringgit ringgit menjadi lemah suku sebelum PRU15 ekoran ditekan kekuatan dolar AS yang lebih meluas yang didorong oleh kenaikkan rizab persekutuan AS serta dalam mata wang serantau lain.
“Ini berlaku walaupun syarat perdagangan bertambah baik daripada harga tenaga global yang meningkat.
“Pakar strategi pertukaran asing kami meramalkan kelemahan ringgit akan pulih pada 2023, dengan mengambil kira kemuncak dolar AS pada suku keempat 2022,” katanya.
Semalam, nilai ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada pukul 9 pagi di mana nilainya menyusut sedikit kepada 4.7395/7405 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lalu sebanyak 4.7380/7395 ekoran ketiadaan pemangkin pasaran baharu.
Namun sehingga pukul 5 petang semalam, nilai ringgit meningkat sedikit ditutup pada 4.7348 berbanding 4.7380 kelmarin. – UTUSAN










