PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) bersama Petroleum Sarawak Bhd. (Petros) menandatangani dua perjanjian melibatkan peluang kerjasama di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak dalam membangunkan industri tenaga negeri berkenaan. Petronas dalam kenyataan memaklumkan, syarikat berkenaan telah memeterai Perjanjian Induk (HOA) dalam meluaskan penggunaan gas asli di Sarawak untuk membekalkan 60 juta kaki padu standard sehari (MMSCFD) gas menjelang 2026 kepada stesen janakuasa turbin gas kitaran gabungan 400MW di Miri.…