Perkhidmatan bertaraf dunia di SD Swedish Auto

Perkhidmatan bertaraf dunia di SD Swedish Auto

Pusat Baik Pulih Kerosakan Bertauliah Volvo (VCDR) memastikan kualiti perkhidmatan diberikan pada tahap tertinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemudahan membaiki dan mengecat badan kenderaan berpusat Sime Darby Motors (SD Motors) di Bukit Jelutong baru-baru ini telah memenuhi piawaian sebagai Pusat Baik Pulih Kerosakan Bertauliah Volvo (VCDR), sekali gus meningkatkan pe­nanda aras bagi kelestarian operasi syarikat itu.

Menurut SD Motors, de­ngan matlamat menyediakan perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kenderaan bermutu tertinggi, piawaian VCDR bertaraf dunia itu memastikan teknologi lestari dan proses terkini diguna pakai di kemudahan berkenaan untuk mengurangkan kesan ekosistem terhadap alam sekitar dan menggalakkan penggunaan tenaga lestari.

Jelasnya, piawaian VCDR melibatkan penggunaan sistem baik pulih badan kenderaan terkini dan peralatan canggih, termasuk sistem pengukuran dilengkapi sensor 3D yang pantas dan sangat tepat.

“Ruang cat yang moden dan terkini juga disediakan, untuk mewujudkan persekitaran bebas habuk dan peng­udaraan yang baik. Persekitaran ini akan membolehkan hasil kerja dan prestasi terbaik dicapai secara konsisten bagi kereta Volvo,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas perkara itu, Pe­ngarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata, piawaian sebahagian daripada usaha khusus syarikat untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

“Pelaksanaan piawaian VCDR di kemudahan membaiki dan mengecat badan kenderaan berpusat SD Motors menyokong komitmen kami dalam prinsip memelihara Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang baik, dan memastikan penyediaan perkhidmatan serba lengkap bertaraf dunia bagi kereta Volvo,” katanya.

Menurut SD Motors, Program VCDR telah dilancarkan di Sime Darby Swedish Auto di Ara Damansara.

Jelasnya, bersempena pelancaran itu, setiap pe­langgan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,000 bagi perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kende­raan di pusat berkenaan layak menerima khid­mat perapian ruang dalam dan luar kereta mereka secara percuma dan pencucian ozon bernilai RM1,200, tertakluk kepada terma dan syarat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN