Minyak: Arab Saudi tolak kritikan AS

Minyak: Arab Saudi tolak kritikan AS

MESYUARAT OPEC+ pada 5 Oktober lalu memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak dua juta tong sehari dalam usaha menstabilkan harga di pasaran. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi menolak kritikan `tidak berasaskan fakta’ Amerika Syarikat (AS) berhubung keputusan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya termasuk Russia (OPEC+) mengurangkan pengeluaran minyak mentah minggu lalu.

Kementerian Luar Arab Saudi salam satu kenyataan sebaliknya menegaskan, tindakan OPEC+ menangguhkan pengurangan bekalan minyak mentah adalah negatif untuk dunia.

“Kerajaan menjelaskan melalui perundingan berterusannya dengan Pentadbiran AS bahawa, semua analisis ekonomi menunjukkan, menangguhkan keputusan OPEC+ selama sebulan, mengikut apa yang telah dicadangkan, akan mempunyai akibat negatif ekonomi,” kata kenyataan itu.

Arab Saudi juga memaklumkan bahawa keputusan OPEC+ tersebut telah diterima pakai melalui persepakatan dengan mengambil kira keseimbangan bekalan dan permintaan.

“Ia juga bertujuan untuk mengekang turun naik pasaran,” katanya.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Salman memberitahu Bloomberg selepas pemotongan diumumkan: “Keutamaan kami sekarang ialah kestabilan dalam pasaran dari segi permintaan dan pelaburan.”

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa pengurangan hanya dalam konteks ekonomi, merujuk kepada rundingan dengan AS di mana negara tersebut meminta penangguhan pengurangan selama sebulan.

Tindakan OPEC+ mengurangkan pengeluaran sebanyak kira-kira dua juta tong sehari mendapat bantahan AS dengan mengatakan ia memenuhi kepentingan kedua-dua pengguna dan pengeluar.

Langkah OPEC+ itu telah menimbulkan kebimbangan di Washington tentang kemungkinan harga petrol lebih tinggi sejurus sebelum pilihan raya pertengahan penggal A.S. November ini , dengan Demokrat cuba mengekalkan kawalan mereka ke atas Dewan Perwakilan dan Senat.

AS juga dilaporkan menyuarakan kebimbangan pengurangan bekalan akan meningkatkan harga minyak mentah, sekali gus menambah pendapatan Russia yang boleh digunakan untuk membiayai operasi ketenteraannya di Ukraine.

Menurut laporan Reuters, Presiden AS Joe Biden, awal minggu ini berjanji bahawa akan ada kesan antara hubungan AS dengan Arab Saudi ekoran tindakan berkenaan.

Arab Saudi menjelaskan, negara itu melihat hubungannya dengan AS sebagai strategik dan menekankan kepentingan saling hormat-menghormati.

Harga purata gas di AS berada pada AS$3.92 (RM18.38) segelen pada Rabu. Sementara itu, setakat pukul 3 petang semalam, harga minyak mentah WTI turun 0.33 peratus kepada AS$86.98 (RM407.76) setong, manakala Brent susut 0.15 peratus kepada AS$92.31 (RM432.75) setong. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×