Mata wang kripto utama mengukuh - Utusan Malaysia

Mata wang kripto utama mengukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Harga majoriti mata wang kripto utama diperhatikan mengukuh tetapi masih cenderung terhad, di tengah-tengah pemulihan pasaran saham global.

Bitcoin meningkat 1.57 peratus kepada AS$ 19,530.75 manakala Ethereum meningkat sebanyak 1.89 peratus kepada AS$ 1,321.31.

Bitcoin masih didagangkan dalam julat harga AS$18,000-19000 namun potensi mata wang kripto itu untuk kembali ke tahap psikologinya sebanyak AS$ 20,000 masih tinggi kerana pasaran saham global mula pulih.

Walaupun bagaimanapun, Bitcoin telah kehilangan lebih 70 peratus nilai pasarannya daripada paras tertinggi yang ditetapkan pada November tahun lepas, iaitu sekitar AS$67,000.

Pelabur kripto yang sentiasa memerhatikan perkembangan dalam sentimen pasaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini berasa lebih baik semalam, kerana penunjuk pembuatan terbaharu Amerika Syarikat (AS) tiba lebih awal daripada yang dijangkakan.

Data pembuatan AS yang dicerminkan dalam Indeks Pengurus Pembelian (PMI) versi Institut Pengurusan Bekalan (ISM) bagi tempoh September 2022 dilaporkan jatuh kepada 50.9, daripada 52.8 Ogos lalu.

Seperti dalam pasaran saham, tempoh suku keempat adalah tempoh yang agak positif untuk pasaran kripto. 

Pada tahun lepas sahaja, kripto berjaya menjaringkan paras tertinggi baharu untuk kali kedua dalam setahun, iaitu pada November, di mana Bitcoin dan Ethereum mencapai paras tertinggi baharu pada masa itu.

Bagaimanapun, pelabur masih perlu berwaspada kerana pengetatan kadar faedah bank pusat akan berterusan selagi inflasi masih belum reda untuk mencapai sasaran yang ditetapkan pada 2.0 peratus.

Potensi kemelesetan masih cenderung tinggi, selepas majoriti bank pusat dunia mengetatkan dasar monetari mereka dengan menaikkan kadar faedah penanda aras secara padat untuk mengurangkan pergolakan inflasi yang melanda pelbagai negara di dunia.

Malah, ekonomi AS secara teknikal telah memasuki zon kemelesetan. Berdasarkan data Biro Analisis Ekonomi AS yang dikeluarkan Khamis lalu, ekonomi AS menguncup 0.6 peratus pada asas tahunan pada suku kedua 2022, tidak berubah daripada bacaan awal pada akhir Julai lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya