Malaysia kekal momentum pertumbuhan 

Malaysia kekal momentum pertumbuhan 

PENGESAHAN Fitch Ratings mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan dan kekuatan pemulihan ekonomi Malaysia serta daya tahan negara di tengah-tengah landskap global yang tidak menentu dan sangat mencabar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah disemak semula dengan peningkatan dalam juat antara 6.5 hingga 7.0 peratus seperti yang digariskan dalam Tinjauan Ekonomi 2023 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kestabilan ekonomi dalam tempoh terdekat disokong oleh permintaan dalam negeri yang meyakinkan dan sektor luaran yang kukuh

“Pengeluaran buah tandan segar pada September 2022 meningkat 8.3 peratus kepada 9,152,131 tan metrik berbanding September tahun lepas (8,447,586 tan metrik). Sementara itu, pengeluaran getah asli pada Ogos 2022 menurun 15.2 peratus kepada 36,411 tan daripada 42,942 tan pada bulan yang sama pada 2021.

“Pada masa yang sama, prestasi IPI pada Ogos 2022 meningkat 13.6 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.  Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pula berjumlah RM157.4 bilion, meningkat sebanyak 24.4 peratus (Julai 2022: 23.8 peratus) berbanding bulan yang sama 2021,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, perdagangan borong & runcit melonjak 33.7 peratus tahun ke tahun kepada RM133.7 bilion, disumbangkan oleh perdagangan runcit (34.5 peratus), kenderaan bermotor (185.3 peratus) dan peningkatan dalam perdagangan borong (16.0 peratus).

Dari segi harga, jelasnya, Indeks Harga Pengguna dan Indeks Harga Pengeluar pada September 2022 masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 4.5 peratus dan 4.9 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Namun begitu, peningkatan kedua-dua indeks ini rendah sedikit berbanding yang direkodkan pada Ogos 2022.

“Pada September lalu, perdagangan Malaysia meneruskan prestasi yang memberangsangkan dengan eksport meningkat 30.1 peratus kepada RM144.3 bilion, manakala import menokok 33.0 peratus tahun ke tahun kepada RM112.6 bilion.

“Melihat kepada senario buruh pada Ogos lalu, bilangan pekerja meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 16.02 juta orang dan kadar pengangguran dicatatkan pada 3.7 peratus.

“Indeks Peneraju (LI) mencapai 111.3 mata pada Ogos 2022, mencatatkan peningkatan 4.0 peratus tahun ke tahun (Ogos 2021: 107.0 mata).

“Oleh itu, adalah dilihat bahawa Malaysia akan terus mengekalkan momentum pertumbuhannya dalam tempoh terdekat berdasarkan indeks arah aliran jangka panjang yang terlicin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN