PETALING JAYA: Instapay Technologies Sdn. Bhd. melancarkan Kad Korporat Prabayar Glyd dalam usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menguruskan perbelanjaan mereka.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Instapay Technologies, Rajnish Kumar berkata, Glyd merupakan kad prabayar Mastercard yang direka untuk membantu PKS menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih efektif di samping menjimatkan masa dan wang.
“Kami berbesar hati untuk memberi kuasa kepada Glyd untuk membolehkan perniagaan menetapkan belanjawan mereka dan membina dasar perbelanjaan ke dalam Kad Korporat Prabayar Glyd.
“Ini membolehkan mereka menguruskan perbelanjaan dan mendapatkan pandangan tentang aliran tunai mereka dan mengelakkan perbelanjaan yang tidak dibenarkan sebelum ia berlaku,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya lagi, melalui kerjasama dengan peniaga rakan kongsi, Glyd akan membolehkan pelanggan mendapat diskaun yang besar untuk pembelian mereka.
“Kita juga akan memberikan pelanggan lebih insentif untuk menggunakan Kad Korporat Prabayar Glyd untuk pembelian rasmi mereka,” katanya.
Melalui kad prabayar Glyd, pelanggan mendapat kad korporat prabayar untuk pekerja mereka bersama-sama dengan akses kepada portal pengurusan perbelanjaan.
Perisian ini juga menyediakan kemas kini masa nyata mengenai perbelanjaan, memberikan kawalan dan keterlihatan yang lebih baik ke atas perbelanjaan syarikat, menghapuskan penipuan dan lebihan pentadbiran. – UTUSAN










