HUTANG dan liabiliti kerajaan meningkat daripada RM1.36 trilion kepada RM1.42 trilion setakat akhir Jun 2022 berbanding tahun lalu, menurut laporan Tinjauan Fiskal 2023. Ia merangkumi 82.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), penurunan 5.2 peratus daripada 88.1 peratus pada tahun lalu. Dua komponen iaitu hutang Kerajaan Persekutuan dan komitmen jaminan mencatatkan peningkatan, sementara hutang 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) dan liabiliti lain yang melibatkan perkongsian awam swasta (PPP), inisiatif…










