PETALING JAYA: Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. melancarkan Roti Gandum Penuh dan Roti Mil Penuh dengan Gandum Ungu Kanada dalam penjenamaan semula di bawah jenama Gardenia Breakthru.
Langkah itu diambil bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap roti bijirin yang lebih menyihatkan.
Roti Gardenia Breakthru mengandungi lapan kebaikan nutrisi dan berkhasiat dengan tanda dagangan 8CTIVE™️ serta formulanya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Ena Suhaila Abas berkata, perubahan sikap pengguna terhadap gaya hidup lebih sihat dan amalan pemakanan lebih baik menjadi penyebab utama untuk Gardenia Bakeries mengeluarkan rangkaian roti berkhasiat dan padat dengan tenaga.
“Paling utama adalah, bagi pengguna generasi baharu yang mengutamakan kesihatan dan pilihan lebih baik untuk diet mereka, Gardenia Breakthru adalah pilihan yang amat diperlukan.
“Gardenia Breakthru adalah pilihan tepat bagi rakyat Malaysia sebagai langkah pertama mereka ke arah kehidupan lebih sihat.
“Slogan ‘Mengatasi Setiap Halangan’ adalah janji jenama Gardenia Breakthru kepada para pengguna.
“Dari sudut pemakanan, roti bijirin itu akan membantu para pengguna mengatasi setiap halangan dalam membuat pilihan yang terbaik.
“Dari sudut emosi pula, ‘Mengatasi Setiap Halangan’ memberi semangat daya tahan melawan balik melampaui dan melangkaui kualiti roti itu sendiri,” katanya pada majlis pelancaran itu.
Sempena pelancaran tersebut, Pelumba Basikal Negara, Datuk Azizulhasni Awang diperkenalkan sebagai Duta Gardenia Breakthru.
Menurut Ena, semangat juang Azizul menjadikan beliau calon tepat untuk mencerminkan nilai-nilai Gardenia Breakthru.
“Kolaborasi kepimpinan melalui teladan antara Gardenia Breakthru dan Azizul bertujuan memupuk kesedaran terhadap kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia, dan menggalakkan mentaliti berdaya tahan melalui janji jenama ini iaitu ‘Mengatasi setiap halangan’,” katanya.
Sementara itu, Azizulhasni berbesar hati apabila dilantik sebagai duta pertama Gardenia Breakthru.
“Pendirian saya selari dengan nilai Gardenia Breakthru kerana saya percaya, saya mampu mengatasi setiap halangan, walau betapa sukar dan mustahil. Peluang bekerjasama dengan jenama yang mempunyai falsafah serupa dengan saya, amat menakjubkan.
“Saya harap rakyat Malaysia akan mengamalkan semangat ‘breakthrough’ bersama kami,” katanya. – UTUSAN










