PETALING JAYA: EP Manufacturing Berhad (EPMB) kini diberi kelulusan sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk memasang dan mengeluarkan kenderaan elektrik beroda dua (EV) menerusi kemudahan pembuatannya yang akan datang di Glenmarie, Shah Alam. Anak syarikat milik penuh EPMB, EP Blueshark Sdn. Bhd., pada 26 September 2022 telah menerima Lesen Pengilangan daripada MITI untuk menjalankan aktiviti pemasangan motosikal elektrik. Kebenaran itu, yang telah diberikan di bawah Akta Penyelarasan…