SAN FRANCISCO: Elon Musk memberitahu bakal pelabur mengenai rancangnya untuk menyingkirkan hampir 75 peratus daripada 7,500 pekerja Twitter dalam perjanjian untuk mengambil alih penyedia perkhidmatan media social dan mikro blogging tersebut.
Perkara tersebut dilaporkan oleh The Washington Post yang memetik sumber dan dokumen berkenaan
Menurut laporan tersebut, pemberhentian pekerja tersebut dijangka dilakukan pada bulan hadapan.
“Pengurusan semasa Twitter merancang untuk mengurangkan gaji syarikat sebanyak kira-kira AS$800 juta (RM3.79 bilion) menjelang akhir tahun depan.
“Jumlah tersebut bermakna melibatkan `pemergian’ hampir satu perempat daripada tenaga kerja,” jelas laporan tersebut.
Sementara itu, Twitter menjelaskan kepada kakitangannya bahawa tidak ada rancangan untuk pemberhentian sejak syarikat itu menandatangani perjanjian pengambilalihan oleh Musk.
Menurut sumber, Penasihat Am Twitter, Sean Edgett dalam e-mel kepada pekerja mengatakan bahawa syarikat itu tidak merancang pemberhentian seperti dilaporkan.
Elon mengumumkan beliau ingin membeli Twitter beberapa bulan yang lalu sebelum membatalkannya apabila mendakwa platform itu tidak telus mengenai jumlah pengguna sebenar.
Selepas disaman oleh Twitter kerana mungkir janji, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu mengubah pendirian dengan mengatakan beliau mahu meneruskan hasrat tersebut. – AGENSI










