JAKARTA: Bank Pusat Indonesia menaikkan kadar dasarnya sebanyak 50 mata asas (bps) sebagai langkah membendung kenaikan inflasi.
Kenaikkan yang sudah dijangka itu juga bertujuan untuk memperlahankan aliran keluar modal yang membebani nilai rupiah dan seterusnya mengukuhkan nilai mata wang negara berkenaan.
Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar belian balik terbalik tujuh hari kepada 4.75 peratus seperti yang dijangka oleh 17 daripada 30 ahli ekonomi dalam tinjauan oleh Reuters sebelum ini.
Sementara itu, baki 13 lagi ahli ekonomi menjangkakan kenaikkan mata asas serendah 25 mata.
Langkah berkenaan menyusuli peningkatan 50 mata asas pada September lalu dan menunjukkan kenaikan 50 mata asas pertama berturut-turut sejak BI mengguna pakai kadar belian balik terbalik tujuh hari sebagai penanda arasnya pada 2016.
Gabenor Perry Warjiyo berkata, keputusan kenaikan kadar itu bertujuan mengembalikan inflasi dalam sasaran pada separuh pertama tahun depan di samping memastikan rupiah menunjukan pengukuhan nilai asas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Rentetan itu kenaikan berkenaan menjadikan kadar dasar yang dinaikkan sejak Ogos hingga kini adalah sebanyak 125 mata asas. – AGENSI










