PETALING JAYA: Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn. Bhd. (MAM) mengumumkan pengagihan pendapatan akhir dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.50 sen seunit untuk tempoh enam bulan berakhir 30 September 2022. Jumlah ini terhasil daripada pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.18 sen seunit dan pengagihan bonus sebanyak 0.32 sen seunit. Jumlah bonus yang diberikan adalah sumbangan daripada PHB selaku penaja dana AHB dan pengagihan bonus adalah terhad kepada…










