Tingkat ekonomi: Thailand sasarkan warga asing kaya

Tingkat ekonomi: Thailand sasarkan warga asing kaya

SEKTOR pelancongan merupakan penyumbang penting kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar Thailand dengan sumbangan sebanyak 12 peratus. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand melancarkan semula program visa khas untuk menarik lebih ramai golongan profesional dan pesara asing tinggal di negara itu dalam usaha meningkatkan semula ekonominya.

Program itu antaranya menawarkan tempoh sah visa sehingga 10 tahun dan boleh diperbaharui, permit masuk semula berganda, kebenaran bekerja di Thailand, 17 peratus kadar cukai peribadi untuk profesional berkemahiran tinggi dan pengecualian cukai untuk pendapatan di luar negara.

Menurut Penasihat kepada Perdana Menteri Thailand, Chayotid Kridakon, golongan profesional terkemuka, individu bernilai tinggi dan pesara asing yang layak, boleh memohon secara dalam talian untuk tinggal selama 10 tahun di negara itu.

“Kerajaan menyasarkan untuk menarik satu juta warga asing yang kaya atau berbakat ke negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya pada satu majlis di sini, lapo Bloomberg.

Chayotid berkata, inisiatif itu boleh menjana aktiviti ekonomi bersamaan kira-kira 1 trilion baht (AS$27 bilion/RM) setahun melalui pelaburan dan pembelian hartanah oleh peserta baharu.

“Program itu juga akan membantu menarik golongan profesional ke dalam industri seperti kenderaan elektrik, elektronik pintar dan teknologi digital yang menjadi tumpuan Thailand,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Lembahga Pelaburan Thailand. Duangjai Asawachintachit berkata, program visa pemastautin jangka panjang (LTR) akan membantu Thailand dalam pemulihan ekonomi pasca Covid.

“Tempoh sah LTR mungkin yang paling lama, dan dengan begitu ramai ekspatriat bekerja di Thailand untuk masa yang lama, ini memenuhi permintaan yang telah lama wujud,” katanya.

Dewan Perniagaan Bersama Asing pula berkata, rejim visa baharu itu akan menjadikan Thailand tempat yang menarik untuk bekerja dan membeli rumah kedua bagi warga asing.

Kerajaan Thailand mempertaruhkan pemulihan dalam ketibaan pelancong asing untuk memacu pertumbuhan ekonomi tahun hadapan kepada 4.2 peratus, kadar pengembangan terpantas sejak 2018.

Pelancaran semula program visa itu bertujuan mengalu-alukan semula pelawat ke Thailand, di mana sektor pelancongan menyumbang kira-kira 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negar Kasar (KDNK).

Sementara itu, ahli ekonomi di DBS Bank Ltd Singapura, Radhika Rao berkata, pandemik telah mengubah dasar tempat kerja dan memperkenalkan fleksibiliti dari segi lokasi serta skop pekerjaan, dengan beberapa negara ingin memanfaatkan peralihan tersebut dengan menawarkan kediaman jangka panjang dengan sop yang menarik

“Negara tuan rumah juga mengharapkan ketibaan tersebut akan menambah kumpulan buruh berbakat selain meningkatkan ekonomi dari segi peningkatan permintaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×