PETALING JAYA: Keputusan meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan menyebabkan aktiviti ekonomi terus perlahan kerana kos dana menjadi lebih tinggi, dan permintaan pasaran lemah disebabkan pengguna mengelak untuk berbelanja. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, sekiranya berterusan, ekonomi mungkin beralih kepada fasa kemelesetan seperti yang dijangka berlaku kepada ekonomi AS pada suku keempat tahun ini. Ujarnya, dengan harga komoditi utama yang semakin menurun…










