PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM1.47 bilion dalam separuh pertama 2022 dengan jumlah deposit berjumlah RM88.09 bilion, iaitu paras tertinggi sejak 59 tahun penubuhannya. Menurut TH, kepercayaan dan sokongan kepada TH sebagai sebuah institusi yang membantu umat Islam menyimpan dan melaksanakan ibadah haji kekal utuh di mana sepanjang enam bulan pertama, lebih 200,000 akaun simpanan baharu telah dibuka, menjadikan keseluruhan pendeposit TH kepada 8.6 juta…










