Indonesia pertimbang beli minyak Russia

Indonesia pertimbang beli minyak Russia

Kumpulan T20 akan membeli RON95 pada harga lebih tinggi selepas Julai tahun depan ekoran pelaksanaan subsidi bersasar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sedang mempertimbangkan untuk menyertai India dan China dalam membeli minyak Russia bagi mengimbangi tekanan yang semakin meningkat akibat peningkatan kos tenaga, lapor Financial Times (FT).

“Kami sentiasa memantau semua pilihan. Jika ada negara [dan] mereka memberi harga yang lebih baik, sudah tentu,” kata Jokowi dalam temu bual dengan FT apabila beliau ditanya sama ada Indonesia akan membeli minyak dari Russia.

Awal bulan ini, Jokowi menaikkan harga bahan api bersubsidi sebanyak 30 peratus, dan berkata, kenaikan harga itu adalah “pilihan terakhir” disebabkan tekanan fiskal, sekali gus mencetuskan bantahan di seluruh negara yang mempunyai kira-kira 270 juta penduduk itu.

Sebarang langkah untuk membeli minyak mentah Russia pada harga melebihi had yang dipersetujui oleh Kumpulan Tujuh negara boleh menyebabkan Indonesia dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS)

Bulan lalu, Menteri Pelancongan Indonesia, Sandiaga Uno berkata, negara itu telah ditawarkan minyak mentah Russia pada harga diskaun 30 peratus.

Susulan itu, syarikat minyak milik negara Pertamina berkata, ia sedang mengkaji risiko membeli minyak Russia.

Indonesia, ekonomi terbesar di Asia Tenggara, mencatatkan kadar inflasi tahunan sebanyak 4.69 peratus pada Ogos, melebihi julat sasaran bank pusat antara 2 hingga 4 peratus untuk bulan ketiga berturut-turut, disebabkan harga makanan yang tinggi. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×