Hess capai gas pertama projek NMB

Hess capai gas pertama projek NMB

PROJEK Pembangunan Gas Bersepadu Lembangan Melayu Utara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hess Malaysia berjaya memulakan pengeluaran pertama bagi projek Fasa 3 Projek Pembangunan Gas Bersepadu Lembangan Melayu Utara (NMB) susulan pengeluaran gas pertama dari Fasa 1c, bulan lalu.

Fasa 1c dan Fasa 3 adalah fasa pembangunan susulan di NMB yang melibatkan pemasangan platform kepala telaga Bergading B dan empat telaga berkaitan yang mampu memberikan kapasiti bekalan gas baharu melebihi 100 juta kaki padu sehari ke Semenanjung Malaysia.

Naib Presiden Hess Asia, Zhiyong Zhao berkata, NMB adalah sumber penting yang akan membantu memenuhi keperluan tenaga negara yang semakin meningkat dan syarikat berbangga kerana telah mengeluarkan gas pertama untuk Fasa 1c dan Fasa 3 NMB dengan selamat.

“Perkongsian jangka panjang kami dengan Pengurusan Petroleum Malaysia Petronas (MPM), serta sokongan daripada Petronas Carigali dan kontraktor berkaitan adalah tunggak kepada kejayaan berterusan projek NMB.

“Tanpa perkongsian kritikal ini, kami tidak mungkin dapat menyiapkan fasa pembangunan baharu ini terutamanya semasa pandemik global,” katanya dalam kenyataan.

Projek Pembangunan Gas Bersepadu NMB adalah projek pemabangunan berperingkat yang terdiri daripada Sistem Pengeluaran Awal (EPS) dan seterusnya Fasa Pertama projek Pembangunan Medan Penuh (FFD), yang masing-masing telah mencapai gas pertama pada 2013 dan 2017.

Fasa 2 termasuk pembangunan lapangan Bunga Zetung dan Bunga Anggerik yang terletak di selatan Platform Pemprosesan Pusat Bergading (CPP) kira-kira 300 kilometer di luar persisir Semenanjung Malaysia dan Fasa 3 yang terdiri daripada pembangunan platform kepala telaga Bergading B dan empat telaga berkaitan.

NMB ialah aset gas asli berjangka hayat panjang yang terdiri daripada sembilan lapangan gas asli yang ditemui dengan anggaran kasar sumber boleh pulih lebih daripada 1.5 trilion kaki padu gas asli dan lebih daripada 20 juta tong kondensat.

Hess Malaysia, sebuah anak syarikat Hess Corporation adalah pengendali dan memegang 50 peratus kepentingan dalam projek NMB bersama PETRONAS Carigali, yang memegang kepentingan 50 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×