PETALING JAYA: Pengisytiharan pembayaran dividen Petronas yang lebih tinggi sebanyak RM50 bilion, dua kali ganda berbanding tahun lalu, menjadi petanda Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tidak lama lagi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Profesor Ekonomi Sunway University, Dr. Yeah Kim Leng berkata, dividen yang lebih tinggi tersebut boleh digunakan kerajaan untuk mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih baik sebelum PRU diadakan. Katanya, ia termasuk mengawal peningkatan defisit fiskal dengan pemberian…