Datasonic umum Abu Hanifah sebagai Pengerusi Eksekutif -

Datasonic umum Abu Hanifah sebagai Pengerusi Eksekutif

Abu Hanifah Noordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datasonic Group Bhd., syarikat yang membekalkan MyKad dan pasport kepada kerajaan mengumumkan pelantikan Datuk Abu Hanifah Noordin sebagai Pengerusi Eksekutif yang baharu.

Perkara itu dibuat permakluman rasmi syarikat itu kepada Bursa Malaysia.

Syarikat tersebut juga mengumumkan peletakan jawatan Wan Zalizan Wan Jusof sebagai Pengarah Urusan Datasonic Group Bhd.

Selain itu, syarikat sama juga mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai ahli lembaga pengarah.

KHALID ABU BAKAR

Abu Hanifah yang meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan syarikat itu pada Januari 2020 dan beliau ketika ini merupakan pemegang saham ketiga terbesar dengan 8.07 peratus kepentingan.

Pada dua minggu lalu, Abu Hanifah diumumkan kembali ke syarikat itu sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif.

AHMAD ZAKI ANSORE

Seorang ahli Lembaga Pengarah yang baharu dilantik adalah bekas Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd. Yusof yang juga memegang jawatan Pengarah Bebas dan bukan eksekutif. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya