YouTube rancang lancarkan video penstriman

YouTube rancang lancarkan video penstriman

PELANCARAN video penstriman membolehkan YouTube meningkatkan penguasaan pasaran segmen penstriman. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: YouTube merancang melancarkan kedai dalam talian untuk perkhidmatan video penstriman, lapor Wall Street Journal.

Syarikat itu telah memperbaharui perbincangan dengan syarikat hiburan berhubung hasrat menyertai platform berkenaan, yang dirujuk sebagai ‘kedai saluran’, jelas laporan itu, memetik sumber rapat dengan perkara tersebut.

“Platform itu telah diusahakan selama sekurang-kurangnya 18 bulan dan boleh didapati seawal musim luruh ini,” tambah laporan itu.

Pemilik YouTube, Alphabet Inc bagaimanapun tidak segera menjawab permintaan Reuters untuk sebarang komen berhubung laporan itu.

Dengan lebih ramai pengguna beralih kepada perkhidmatan penstriman berasaskan langganan, pelancaran yang dirancang akan membolehkan YouTube menyertai syarikat seperti Roku Inc dan Apple dalam usaha mendapatkan sebahagian daripada pasaran penstriman yang sudah pun ‘sesak.’

Awal minggu ini, New York Times melaporkan bahawa Walmart Inc telah mengadakan perbincangan dengan syarikat media tentang hasrat memasukkan hiburan penstriman dalam perkhidmatan keahliannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN