Tiktok Music pesaing Spotify, Apple

Tiktok Music pesaing Spotify, Apple

ByteDance telah memfailkan permohonan yang jenama ‘TikTok Music’ dengan Pejabat Cap Dagang dan Paten Amerika Syarikat (AS) pada Mei lalu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: TikTok Music yang dijangka dilancarkan oleh aplikasi TikTok bakal menjadi pesaing kepada Spotify dan Apple.

The Insider melaporkan, syarikat induk TikTok, ByteDance telah memfailkan permohonan yang jenama ‘TikTok Music’ dengan Pejabat Cap Dagang dan Paten Amerika Syarikat (AS) pada Mei lalu.

Menurut pemfailan tersebut, perkhidmatan itu akan membenarkan pengguna membeli, memainkan, berkongsi dan memuat turun lagu.

“Ia juga akan membolehkan pengguna membuat, berkongsi dan mengesyorkan playlist, mengulas pada lagu, serta audio dan video strim langsung,” kata laporan tersebut.

ByteDance juga telah memfailkan cap dangan ‘TikTok Music’ di Australia pada November lalu.

Syarikat yang berpangkalan di China tersebut telah pun mempunyai pengalaman dalam penstriman muzik apabila me­lancarkan aplikasi penstriman muzik, Resso di India, Brazil dan Indonesia pada 2020.

Resso mempunyai beberapa ciri sama yang diterangkan dalam pemfailan ‘TikTok Music’, seperti keupayaan untuk membuat playlist, berkongsi lagu di media sosial dan berinteraksi dengan komuniti aplikasi.

Awal tahun ini, laporan daripada Insider mendedahkan bahawa pengguna aktif bulanan Resso meningkat sebanyak 304 peratus antara Januari 2021 hingga Januari 2022 di India sahaja, berbanding pertumbuhan 38 peratus Spotify di negara itu dalam tempoh masa yang sama.

ByteDance juga menggunakan TikTok untuk membawa pengguna sedia ada ke Resso.

Menurut laporan The Information, aplikasi TikTok di Brazil dilengkapi butang yang mengubah hala pengguna ke Resso supaya mereka boleh mendengar versi penuh lagu yang mereka minati, satu langkah yang membantu mengekalkan pengguna dalam ekosistem ByteDance.

The Information juga mela­porkan bahawa Resso mempu­nyai lebih 40 juta pengguna bulanan di seluruh India, Brazil dan Indonesia pada November 2021, dan jumlah itu mungkin meningkat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×