TEU: PTP catat rekod kendalian tertinggi

TEU: PTP catat rekod kendalian tertinggi

PAKAR mencadangkan Malaysia menggunakan mata wang domestik dengan rakan dagangan berbanding dolar untuk mengatasi kejatuhan nilai ringgit. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan pencapaian baharu dengan menjadi terminal kontena pertama di Malaysia yang melepasi jumlah kendalian melebihi 1 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam masa sebulan pada Julai.

Perkara tersebut direkodkan pada 31 Julai lalu, kira-kira pukul 11.45 malam semasa proses kendalian kontena di kapal MTT CEBU yang sekali gus mengukuhkan kedudukan PTP sebagai satu daripada 15 pelabuhan tersibuk di dunia.

Menteri Pengangkutan, Da­tuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, PTP berjaya menunjukkan prestasi cemerlang walaupun semasa persekitaran perniagaan yang mencabar, terutamanya dalam peningkatan kos pengangkutan, kesesakan pelabuhan, kesan perang Ukraine terhadap perkapalan global, peralatan dan kekura­ngan tenaga kerja.

“Pencapaian terbaharu yang memecahkan rekod ini dan pelbagai pencapaian lain yang dicapai oleh PTP selama ini membuktikan kepentingan sektor maritim kepada ekonomi dan kepentingan sektor perdagangan kepada negara.

“Pendekatan strategik PTP untuk terus meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan jejaknya telah menunjukkan hasil cemerlang dalam mengekalkan negara berdaya saing negara dalam pasaran global yang semakin kompetitif,” katanya dalam kenyata­an, semalam.

Sementara itu, Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pencapaian terbaharu tersebut menyerlahkan lagi kedudukan PTP sebagai terminal kontena paling sibuk di Malaysia.

“Pencapaian ini adalah hasil dedikasi dan komitmen yang cemerlang daripada semua pihak dalam mewujudkan si­tuasi perniagaan yang betul dan mampan.

“Ini terutamanya dalam meng­gunakan strategi teknologi dalam operasi harian dan fokus kepada penyampai­an perkhidmatan pelanggan bersepadu kepada pihak berkepentingan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marco Neel­sen memberitahu, pihaknya sentiasa menyemak dan memperhalusi arah tuju strategi dan inisiatif bagi memastikan pertumbuhan yang mampam.

“Usaha bersepadu kami untuk berkembang disertakan dengan penekanan yang ketara dalam menambah baik aset pelabuhan kami dan infrastruktur sejajar dengan agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan strategi digital kami,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN