Subsidi $856 juta untuk SpaceX ditarik balik - Utusan Malaysia

Subsidi $856 juta untuk SpaceX ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat (AS) memutuskan bahawa, SpaceX tidak akan menerima subsidi jalur lebar berjumlah lebih AS$800 juta (RM3.56 billion) yang diberikan pada Disember lalu.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira fakta bahawa perkhidmatan berasaskan syarikat itu “masih membangunkan teknologi” dan “gagal menunjukkan bahawa ia boleh menyampaikan perkhidmatan yang dijanjikan”, lapor CNN Business.

Menurutnya, suruhanjaya itu telah memperuntukkan dana untuk perkhidmatan internet Starlink SpaceX sebagai sebahagian daripada program subsidi terbesar agensi itu yang direka bagi mendapatkan akses internet dengan cepat kepada orang ramai di seluruh kawasan luar bandar AS.

Ketika ini, tiga daripada lima penduduk mengatakan akses kepada internet berkelajuan tinggi masih menjadi isu yang mendesak.

SpaceX dikatakan akan menerima sejumlah $856 juta (RM3.8 bilion), bahagian terbesar daripada $9 bilion (RM40.03 bilion) dana yang diperuntukan untuk tujuan berkenaan.

“Selepas kajian undang-undang, teknikal dan dasar yang teliti, kami menolak permohonan ini,” kata Pengerusi FCC, Jessica Rosenworcel dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pengguna berhak mendapat jalur lebar berkelajuan tinggi yang boleh dipercayai dan mampu milik. 

“Kita mesti meletakkan dolar (subsidi) yang terhad untuk penggunaan terbaik semasa kita melangkah ke masa depan digital yang menuntut rangkaian yang lebih berkuasa dan lebih pantas. Kita tidak mampu untuk memberi subsidi kepada usaha niaga yang tidak memberikan hasil kelajuan yang dijanjikan atau mungkin tidak memenuhi keperluan program,” tambah beliau.

FCC juga mendapati data yang “menunjukkan bahawa kelajuan Starlink telah menurun dari suku terakhir 2021 hingga suku kedua 2022.”

FCC turut menarik balik peruntukan berjumlah AS$1.3 bilion (RM5.78 bilion) yang diperuntukkan untuk jalur lebar oleh syarikat LTD mengambil kira fakta bahawa penyedia perkhidmatan internet itu gagal mendapatkan status dan kelulusan yang sepatutnya untuk perkhidmatan di tujuh negeri.

SpaceX dan LTD tidak memberi sebarang komen berkenaan keputusan FCC setakat ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.