PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Malaya (UM) dan Monash University Malaysia untuk bekerjasama dalam beberapa siri program ke arah memupuk pemahaman awal tentang prinsip, amalan dan isu tadbir urus korporat dalam kalangan belia. Inisiatif yang merupakan sebahagian daripada Keutamaan Strategik Tadbir Urus Korporat SC 2021-2023 (Keutamaan Strategik CG) itu bertujuan meningkatkan penglibatan dengan segmen belia dan menerapkan pemahaman awal yang lebih baik tentang…










