Petronas, enam syarikat Korea Selatan meterai MoU

Petronas, enam syarikat Korea Selatan meterai MoU

KERJASAMA itu sebahagian usaha Petronas untuk membina portfolio yang mampan dengan penyelesaian inovatif.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan enam syarikat Korea Selatan untuk menjalankan kajian konsep dan kebolehlaksanaan ke arah mewujudkan rantaian nilai penuh berkaitan dengan penyerapan, pengangkutan dan penyimpanan karbon dioksida (CO2).

Enam syarikat itu ialah Samsung Engineering Co. Ltd., Samsung Heavy Industries, SK Earthon Co. Ltd., SK Energy Co. Ltd., GS Energy Corporation dan Lotte Chemical Co..

Menurut Petronas, MoU itu juga akan membabitkan penilaian ke atas tapak penyimpanan CO2 yang berpotensi di Malaysia dan penerokaan kawasan lain merentas rantaian nilai penyerapan dan penyimpanan karbon (CCS), termasuk pengukuhan pengangkutan CO2 rentas sempadan.

Syarikat minyak nasional itu berkata, kerjasama itu adalah sebahagian usaha perlahan-lahannya untuk membina portfolio yang mampan dengan penyelesaian inovatif bagi menghasilkan tenaga secara bertanggungjawab seterusnya menyokong peralihan kepada masa depan rendah karbon melalui kerjasama dengan rakan kongsi industri.

Ketua Pengurusan Karbon Petronas, Emry Hisham Yusoff berkata, kajian kebolehlaksanaan yang dilakukan melalui kerjasama ini akan mengenal pasti teknologi yang sesuai untuk CCS dan rantaian nilai pengangkutan.

“Usaha ini akan membawa PETRONAS lebih dekat ke arah mewujudkan Malaysia sebagai hab penyelesaian CCS serantau yang terkemuka,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN