KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar dividen tambahan RM25 bilion, menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan RM50 bilion selepas mempertimbangkan permintaan daripada kerajaan, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz. Beliau menjelaskan, pembayaran dividen tersebut adalah pembayaran kedua tertinggi selepas RM54 bilion termasuk RM30 bilion dividen khas yang dibayar pada 2019. “Selain dividen RM25 bilion yang telah diluluskan pada Februari tahun ini, dividen tambahan RM25…