BENGALURU: Harga emas berlegar menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lebih sebulan semalam, disokong oleh dolar yang lebih lemah susulan tindakan pelabur menunggu data inflasi Amerika Syarikat (AS), yang dijangka mempengaruhi kadar kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed).
Emas spot kekal pada AS$1,793.39 (RM7,993.14) seaun, selepas mencecah paras tertinggi sejak 5 Julai pada AS$1,800.29 kelmarin. Niaga hadapan emas AS pula turun 0.1 peratus kepada AS$1,810.
Indeks dolar melemah 0.1 peratus berbanding pesaingnya, menjadikan emas lebih murah untuk pemegang mata wang lain.
“Jelas sekali, tumpuan adalah pada data inflasi AS. Selain itu, apa yang benar-benar penting ialah di mana harga sedang didagangkan dengan AS$1,800 menjadi paras yang sangat penting di sini
“Jika angka inflasi datang lebih kuat daripada jangkaan, berikutan laporan pekerjaan kukuh minggu lepas, kita boleh melihat beberapa jangkaan penurunan kadar untuk tahun depan meninggalkan ramalan, yang akan menjadikan emas negatif,” kata Ilya Spivak, pakar strategi mata wang di DailyFX.
Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters menjangkakan, inflasi tahunan AS berkurangan kepada 8.7 peratus bulan lepas, daripada 9.1 peratus pada Jun. Inflasi teras dijangka pada 0.5 peratus bulan ke bulan.
Fed menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas pada Jun dan Julai untuk mengekang inflasi yang melambung tinggi.
Walaupun emas dilihat sebagai lindung nilai terhadap inflasi, kadar faedah AS yang lebih tinggi mengurangkan daya tarikan bulion kepada logam bernilai itu.
“Bank-bank pusat telah memberi amaran bahawa kenaikan kadar selanjutnya akan diperlukan untuk menjinakkan inflasi yang berterusan tinggi. Pelabur menjangkakan Indeks Harga Pengguna (IHPR) Julai akan menjadi sedikit ‘sejuk’,” kata penganalisis ANZ dalam satu nota.
Sementara itu, harga perak spot susut 0.2 peratus kepada AS$20.47 (RM91.21) seauns, manakala platinum jatuh 0.4 peatus kepada AS$930.14 (RM4,144.70), dan paladium menokok 0.1 peratus kepada AS$2,217.40 (RM9,880.73). – AGENSI








