PETALING JAYA: Pembukaan kegiatan ekonomi domestik negara yang lebih luas pada suku kedua dan pemulihan sektor pelancongan dijangka memacu pertumbuhan negara pada kadar sekurang-kurangnya lapan peratus pada suku terbabit. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, pembukaan sempadan antarabangsa kepada pelancong asing bermula 1 April menggalakkan pemulihan sektor pelancongan. Katanya, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dengan suntikan tunai kepada ekonomi domestik…










