Bank pusat ASEAN dijangka naikkan kadar faedah 2H22

Bank pusat ASEAN dijangka naikkan kadar faedah 2H22

BANK Pusat Thailand dijangka turut menaikkan kadar faedah dalam usaha mengekang peningkatan inflasi di negara berkenaan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tekanan semakin meningkat ke atas bank pusat ASEAN untuk mengekang kenaikan harga disebabkan mata wang tempatan yang lemah, menyebabkan tekanan inflasi dan memburukkan lagi aliran keluar modal, menurut Moody’s Investors Service.

Dalam laporan terkini bertajuk “Kenaikan kadar didorong oleh inflasi akan meningkatkan margin…”, firma itu berkata, kekangan bekalan yang berterusan akan meningkatkan tekanan inflasi.

Katanya, berdasarkan panduan daripada kebanyakan bank pusat ASEAN, mereka menjangkakan untuk menaikkan kadar faedah pada separuh kedua tahun ini (2H22).

Jelasnya, lima daripada enam ekonomi ASEAN yang dipantau menunjukkan, margin bank dari segi sejarah melebar seiring dengan kenaikan kadar inflasi.

Enam ekonomi ASEAN yang dipantau ialah Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam

Bagaimanapun katanya, Vietnam terkecuali kerana persaingan sengit untuk deposit, pergantungan bank yang lebih tinggi pada dana pasaran, serta keperluan kawal selia untuk mengekalkan kadar pinjaman yang rendah bagi menyokong ekonomi.

Moody’s berkata, ia menjangkakan peningkatan dalam pinjaman tidak berbayar (NPL) adalah sederhana di rantau ASEAN kerana tekanan inflasi akan berkurangan dalam ekonomi keenam-enam negara dipantu, dengan kenaikan kadar pula adalah beransur-ansur.

“Berdasarkan sejarah, pecutan inflasi mengakibatkan peningkatan NPL dalam lima daripada enam ekonomi.

“Ini kerana, inflasi lazimnya mengakibatkan kelembapan ekonomi, dengan kenaikan kadar faedah meningkatkan beban pembayaran balik hutang bagi peminjam,” katanya.

Menurut firma itu, bank-bank di Thailand dan Vietnam paling terdedah kepada peningkatan mendadak dalam kadar faedah.

“Bank-bank di Thailand dan Vietnam akan menyaksikan peningkatan terbesar dalam kos kredit dan NPL jika inflasi dan kadar faedah meningkat secara mendadak kerana peminjam dalam sistem perbankan ini adalah yang paling banyak berhutang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×