Petronas ambil tindakan lindungi aset-aset global

Petronas ambil tindakan lindungi aset-aset global

petronas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas sedang mengambil langkah untuk melindungi semua aset globalnya dari segi undang-undang selepas dua anak syarikat yang berpangkalan di Luxembourg diberikan notis penyitaan minggu lepas berhubung pertikaian dengan waris Sultan Sulu.

Waris Sultan Sulu terakhir kini berusaha untuk merampas aset kerajaan di seluruh dunia dalam usaha untuk menguatkuasakan anugerah timbang tara yang diserahkan kepada mereka oleh mahkamah Perancis pada Februari.

Anak-anak syarikat telah diberikan notis penyitaan oleh bailif mahkamah Luxembourg.

“Petronas membantah tindakan penguatkuasaan terhadap dua anak syarikat dan sedang mengambil semua langkah yang perlu untuk mempertahankan kedudukan undang-undangnya.

“Langkah itu termasuk melibatkan penasihat undang-undang,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan melalui e-mel, semalam.

Terdahulu, dua anak syarikat milik pengeluar minyak Malaysia, Petronas di Luxembourg telah dirampas oleh waris Sultan Sulu, kata beberapa peguam dalam pertikaian undang-undang bernilai AS$15 bilion (RM66.5 bilion) berhubung satu perjanjian yang ditandatangani 144 tahun lalu.

Menurut Financial Times, waris Sultan Sulu mendakwa bahawa mereka menjadi pemilik tanah yang kini merupakan negeri Sabah, dalam negara Malaysia, kata pegawai mahkamah di Luxembourg yang merampas syarikat tersebut bagi pihak anak guamnya.

Petronas menganggap tindakan yang diambil terhadap dua anak syarikatnya sebagai tidak berasas dan menjelaskan telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan seterusnya hasil daripada pelupusan itu telahpun dipulangkan (repatriated) dengan sewajarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN