Perodua dijangka capai peningkatan jualan 30 peratus

Perodua dijangka capai peningkatan jualan 30 peratus

automotif
PERDANA MENTERI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kiri) bersama Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin (kanan) dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, melihat Perodua Alza serba baharu selepas pelancaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perodua dijangka mencapai mampu mencapai sasaran jualan sebanyak 248,000 unit yang bersamaan peningkatan 30 peratus berbanding tahun lalu didorong oleh tempahan yang memberangsangkan sebanyak 243,000 unit sehingga kini.

Menurut MIDF Research, tempahan 243,000 unit bersamaan dengan jualan setahun syarikat kereta nasional kedua tersebut.

Katanya, jualan Perodua dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini adalah antara 190,000 hingga 240,000 unit setiap tahun dengan jumlah tertinggi pada 2019.

Perodua dianggarkan telah menjual sebanyak 21,000 unit pada Jun yang menjadikan jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi tempoh setengah tahun 2022 sebanyak 127,000 unit.

“Jumlah tersebut meliputi 53 peratus daripada ramalan sepanjang tahun iaitu 240,000 unit dan 51 peratus daripada jangkaan dalaman Perodua sebanyak 247,800 unit,” katanya dalam nota penyelidikan.

Tambah MIDF Research, jualan syarikat tersebut dijangka dipacu lagi dengan pelancaran kenderaan pelbagai guna (MPV) baharunya, Azla yang dilancarkan semalam pada harga antara  RM62,500 hingga RM75,500.

Jelasnya, Azla yang dijangka mampu dikeluarkan sebanyak 3,000 unit sebulan kini sudah pun mempunyai tempahan sehingga 30,000 unit.

“Kami menjangkakan Alza baharu akan mula menyumbang kepada TIV Perodua mulai Julai dan seterusnya memandangkan penghantaran sulung model itu bermula sejak semalam.

“Pesaing utamanya ialah Proton Exora, yang merupakan model lebih lama yang menjana jualan kira-kira 500 unit sebulan pada 2021,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN