PETALING JAYA: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus. Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.50 peratus dan 2.00 peratus. Kenaikan OPR itu akan meningkatkan kadar pinjaman rakyat yang kini berdepan tekanan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan keperluan yang tinggi. Menurut BNM, pembukaan semula ekonomi global dan keadaan pasaran pekerja…










