Netflix sasar jumlah pelanggan kembali meningkat

Netflix sasar jumlah pelanggan kembali meningkat

NETFLIX menawarkan pelbagai pilihan program hiburan untuk para pelanggannya. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Selepas kehila­ngan lebih sejuta pelanggan pada separuh pertama 2022, Netflix Inc menjangkakan untuk mendaftar kembali jumlah pelanggan yang sama dalam tempoh tiga bulan semasa.

Walaupun jumlah itu kurang daripada unjuran sebanyak 1.83 juta oleh penganalisis, namun ia membalikkan kerugian pada separuh masa pertama.

Saham Netflix melonjak setinggi AS$225 (RM1,024.45) dalam dagangan lanjutan dan ditutup pada AS$201.63 (RM918.04) di New York pada Selasa, turun sebanyak 67 pe­ratus tahun ini, lapor Reuters.

Walaupun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan persaingan dan potensi kemelesetan, Netflix tetap yakin dengan kedudukannya.

Syarikat penstriman te­levisyen itu berkata, bahagiannya daripada jumlah tontonan televisyen di AS mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada Jun pada 7.7 peratus.

Pengurusan telah bertindak balas terhadap slaid pelanggan dengan mengurangkan kos dan menyesuaikan strateginya dalam beberapa aspek. Syarikat itu merancang untuk memperkenalkan versi per­khidmatan yang berharga le­bih rendah dengan pengiklanan sekitar awal 2023, dan sedang menguji cara untuk mengenakan bayaran kepada pelanggan untuk perkongsian kata laluan.

Bagi suku kedua, pendapatan Netflix meningkat 8.6 peratus kepada AS$7.97 bi­lion, melesetkan anggaran Wall Street sebanyak AS$8.04 bi­lion, sebahagiannya disebabkan oleh dolar yang kukuh.

Pada suku tersebut, Netflix kehilangan 1.3 juta pelanggan di AS dan Kanada, wilayah terbesarnya dan 770,000 lagi di Eropah, Asia Barat dan Afrika, kedua terbesarnya.

Itu adalah penurunan suku tahunan paling curam yang dilaporkan syarikat di ke­dua-dua tempat sejak ia mula membekalkan hasil individu daripada pasaran tersebut.

Pertumbuhan di rantau Asia-Pasifik mengimbangi kemerosotan tersebut. Netflix menambah 1.1 juta pelanggan di APAC, selepas merendahkan harga di India.

Hastings telah meletakkan Netflix sebagai alternatif bebas pengiklanan, tetapi kini me­ngatakan iklan diperlukan untuk menarik minat orang yang mendapati perkhidmatan itu terlalu mahal.

Netflix telah menaikkan harga beberapa kali dan kini merupakan salah satu per­khidmatan penstriman yang pa­ling mahal.

Syarikat itu akan memper­kenalkan pilihan yang diso­kong pengiklanan terlebih da­hulu di sesetengah negara dengan menggunakan Microsoft Corp untuk mengenda­likan jualan dan teknologi iklan.

Pengiklanan akan bermula secara kecil-kecilan dan kelihatan seperti iklan perniagaan video lain, tetapi Netflix percaya ia boleh menjadi besar, kata ketua pegawai operasi, Greg Peters. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN