NCIA wujud Zon Ekonomi AgriBio

NCIA wujud Zon Ekonomi AgriBio

AZLAN Man mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri NCIA di Kangar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) mewujudkan Zon Ekonomi AgriBio NCER AgriBio (NAEZ) dalam usaha memoden dan menambah nilai agro makanan negara serta mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.

NAEZ diunjurkan akan dapat menarik pelaburan melebih RM2.5 bilion dan mencipta lebih 2,000 peluang pekerjaan.

Projek merupakan respons NCIA terhadap Dasar Agromakanan Negara (NAP) yang bertujuan untuk memacu kecekapan industri agromakanan terutamanya daripada segi memacu produktiviti serta daya saing di seluruh rantaian nilai industri.

Inisiatif agen perubahan (game-changer)’ ini dilaksanakan dengan pendekatan yang holistik menggabungkan rantaian nilai hujung ke hujung bersepadu, disokong oleh pelbagai kemudahan dan penyediaan seperti teknologi, penyelidikan dan pembangunan serta komersial (R&D&C), modal insan dan pembiayaan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, NAEZ akan memainkan peranan penting berikutan kedudukan strategik Perlis yang berhampiran sempadan Thailand dan berpotensi menarik pelabur untuk mewujudkan
pemangkin utama pertumbuhan ekonomi bagi membangunkan teknologi tinggi dalam sektor agromakanan.

“Perdagangan rentas sempadan dan kerjasama ini akan menyediakan negara untuk beralih daripada negara yang bergantung kepada import kepada pengeksport bersih untuk bekalan makanan,” kata selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) di Kangar, semalam.

Sementara itu, Ketua Eksekutif NCIA, Mohamad Haris Kader Sultan berkata, NCIA akan menyediakan kepakaran dan pengetahuan yang diperlukan untuk membangunkan NAEZ sebagai hab serantau untuk pertanian moden yang dapat menghasilkan lebih banyak hasil di masa hadapan.

“Ketika dunia bergelut dengan ketidaktentuan akibat krisis makanan, ini juga merupakan satu peluang untuk mengubah industri pertanian Malaysia dengan menghubungkan petani dan pekebun kecil dengan industri pertanian yang lebih besar bagi meningkatkan hasil dan akses pasaran negara. NCIA akan membantu dalam hal ini,” katanya.

Menurut NCIA, pelabur utama NAEZ, FGV Holdings Berhad (FGV) telah mengumumkan komitmennya untuk mewujudkan hab penanaman jagung berskala besar di Lembah Agro Chuping (CAV), Perlis.

Jelasnya, penanaman jagung secara besar-besaran itu dijangka dapat mengurangkan pergantungan hasil jagung import yang menjadi faktor ketidaktentuan harga bekalan ayam disebabkan oleh krisis yang berterusan antara Russia dan Ukraine.

FGV juga katanya, telah memulakan penanaman nanas MD2 dan pisang Cavendish di CAV.

“Selain menawarkan peluang pekerjaan dalam syarikat, FGV turut menyediakan peluang untuk penduduk di Perlis menjadi petani kontrak di atas tanah milik FGV di NAEZ,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×